Go confidently in the direction of your dreams. Live the life you have imagined.
Followers
Thursday, November 21, 2013
TRICHOTILLOMANIA
Wednesday, November 20, 2013
PERSAHABATAN
they are my friends.. ^__^
Ehmmmm.... hari saya nak cerita sikitlah mengenai persahabatan ni. Tetiba-tiba teringat kat kawan-kawan pula. Apa yang kita alami dengan teman atau kawan atau sahabat ini kadang-kadang rasa merimaskan mungkin ada yang menyakitkan hati, tetapi itulah yang membuatkan persahabatan itu mempunyai nilai yang sangat indah dan bermakna bagi saya sendiri.
Persahabatan sentiasa akan mewarnai dengan berbagai pengalaman dan kenangan yang sangat bermakna sama ada suka atau duka, kadang-kadang sangat mengembirakan atau kadang-kadang sangat menyakitkan, pernah dikecewakan, pernah diambil berat, dilupakan atau sentiasa diingati, dimarahi atau dinasihati dan mungkin juga pernah disukai atau dibenci oleh teman-teman kita. semua ini sentiasa bermain dalam setiap persahabatan didunai ini.
Proses untuk menjadi sahabat juga mungkin bagi saya begitu merumitkan dari orang biasa kepada sahabat. Kerana ia memerlukan masa dan usaha untuk mendekatkan diri kepada seorang sahabat. Persahabatan juga dilihat dari segi kesetiaan, perhatian, pertolongan dan juga termasuk dari kasih sayang antara sahabat. Lihatlah bertanpa warna-warninya persahabatan itu. Oleh itu, kita seharusnya bersyukur kerana dianugerahkan dengan SAHABAT SEJATI dan perlu menikmati keindahan persahabatan ini.
SAHABAT-SAHABATKU...
sweet moment at this time.. really miss it..
Semoga bermanfaat...
Salam persahabatan dan ukhuwah..
^_____^
MENGURUS KEMARAHAN ANDA
- Marah bermaksud panas hati apabila berasa berang, ditipu, dihina dan marah terhadap seseorang atau suatu situasi.
- Perasaan marah akan wujud apabila berlaku pertembungan emosi dan seterusnya mewujudkan perlakuan negatif yang tidak disedari.
PUNCA KEMARAHAN
- Kekaburan peranan
- Konflit peranan
- Personaliti
- Rutin harian
- Dibuli, diejek, ditipu dan sebagainya
KESAN KEMARAHAN
- Gangguan emosi
- Serangan penyakit jantung
- Gangguan psikologikal
- Bersifat negatif
- Akan berlaku keganasan
- Suka menyindir atau mengkritik
PENGURUSAN KEMARAHAN YANG SALAH
- Somatizers - pasif, menindas kemarahan untk ketakutan ditolak dan hilang kelulusan
- Hukuman diri - tukarkan kemarahan kepada kesalahan, ukuran hukuman diri iaitu makan berlebihan
- Menahan kelaparan
- Eksploders-permusuhan fizikal, kerap kali meletus pada orang yang tidak bersalah
- Membuat sesuatu dengan cara tipu helah
STRATEGI KEMARAHAN KREATIF
- Tahu gaya kemarahan diri anda
- Belajar memantau kemarahan diri anda
- Belajar mengawal kemarahan diri anda seperti rehatkan diri ketika diri anda sedang marah
- belajar untuk lupakan kemarahan
- Merancang terlebih dahulu untuk melepaskan kemarahan
- Belajar teknik-teknik menyelesaikan masalah
- Belajar untuk memaafkan
top 10 pya.. try it.. |
ok semua, selamat menguruskan kemarahan anda..
and always keep smile..
^___^
Tuesday, November 19, 2013
TAARE ZAMEEN PAR
Cikgu seni (Ram Shankar)
Monday, November 18, 2013
5 POSITIVE THOUGHT
Hari saya nak tambah lagi mengenai pemikiran positif lagi. Harap-harap para pembaca boleh renung-renungkan ye... Selamat membaca
ok.. SMILE ALWAYS MY FRIENDS....
^___^
PEMIKIRAN POSITIF
Hari ini saya nak bercerita pasal pemikiran positif pula.. Haaa... Tapi kali ini saya tak mahu bercakap pasal definisinya, saya bercakap pasal kelebihan atau kebaikan orang yang berfikiran positif ni..
FIKIRAN ADALAH SUMBER PERCAYA DIRI
Ok.. Di sini saya berikan 2 jenis kelebihan pemikiran positif yang pertama iaitu FIKIRAN ADALAH SUMBER PERCAYA DIRI. Haaa.. sebab apa saya kata fikiran sumber percaya diri?.. Sebab.. Fikiran positif membantu membangun percaya diri. Kesannya adalah perbuatan positif yang menbantu seseorang berani menghadapi rintangan hidup. Nampak tak kelebihannya....
Di sini saya akan beri seorang tokoh yang terkenal dalam dunia peninju ni. Saya rasa semua kenal kot... Mari kita lihat gambar beliau.. jeng..jeng...
Muhammad Ali
Tadaaaaa... ni lah dia Muhammad Ali, peninju terkenal dunia.. Siapa yang tak kenal tu tak tahu la nak kata apa... heheheh... Jadi saya nak bercerita mengenai beliau kepada anda semua.. Nak tahu tak.. Mesti la nak tahu kan..
Muhammad Ali seorang peninju terkenal selalu berkata dalam hatinya " Aku peninju yang hebat. Walau apa pon yang terjadi, aku tetap peninju yang hebat. Akulah peninju terbaik di dunia ini".
Selepas itu, dalam sebuah wawancara di televisyen, beliau ditanya " Mengapa anada selalu berkata demikian?"
Muhammad Ali menjawab " kerana kalimat itu memberi saya ras percaya diri, menguatkan keinginan saya dan membuat saya fokus pada sasaran yang ingin dicapai. Jika akhirnya gagal, saya akan belajar dari kegagalan, kemudian berlatih lebih baik sehingga berjaya".
Beliau berkata lebih lanjut, "Fikiran sangat bahaya. Fikiran boleh menjadi penyebab kegagalan dan boleh pula menjadi penyokong kejayaan. Fikiran adalah sumber percaya diri.
Think positive ye kawan-kawan
FIKIRAN ITU MEMILIKI KEKUATAN LUAR BIASA
Kelebihan yang kedua pula sebab fikiran inilah menentukan perjalanan hidup manusia baik dalam urusan keluarga, sosial, kesihatan, dan spritual. Kerana itu, jika anda semua benar-benar ingin melakukan perubahan positif dalam hidup,maka ia perlu memiliki kemahuan yang kuat dan telah bulat memutuskan untuk memulainya sekarang serta terus melanjutkan, ia memulakan ia dengan langkah yang pertama.
Sunday, November 10, 2013
PROGRAM SEKOLAH
Cantik tak poster kawan seperjuangan saya buat.. Hebatkan dia.. heheh... Kalau tengok ni mesti 'syok' ni.. hahaha.. Ok.. Saya nak sambung cerita saya balik. Ok, sekarang saya nak tunjuk logo kumpulan kami plak..
logo kumpulan kami
Sebelum program ini dijalankan, kawan sekerja saya iaitu Nizam telah menghubungi Cikgu sekolah tersebut untuk memberitahu mengenai program yang kami jalankan. Berdasarkan maklumat yang Nizam berikan cikgu tersebut telah bersetuju dan membenarkan kami untuk menjalankan program di sekolah tersebut. Jadi kami pon bersedia dari segi kertas kerja, modul, masa, persediaan mental dan fizikal bagi menjalankan program tersebut pada masa yang telah ditetapkan.
Belon Jahat
Saya mengendalikan modul
kami dan para peserta program
Saturday, October 19, 2013
PENGURUAN MASA YANG BERKESAN
APA ITU PENGURUSAN MASA
YANG BERKESAN?.. Penggunaan masa yang berkesan ialah penggunaaan masa
sepenuhnya tanpa pembaziran dan masa digunakan sepenuhnya dengan melakukan
aktiviti yang berfaedah dan mendekatkan dengan pelajar dengan matlamat yang
hendak dicapai..
haa... nampak tak
maksud penggunaan masa yang berkesan.. Di sini, kita tidak menggunakan masa
kita dengan aktiviti yang tidak mendatangkan manfaat kepada diri kita dan juga
orang lain. oleh itu saya nk kongsi sedikitlah tips2 pengurusan masa yang berkesan
ni..
TIP-TIP PENGURUSAN MASA
YANG BERKESAN
1. Buat jadual harian
2. Buat senarai perkara yang ingin anda lakukan
3. Tetapkan matlamat
4. Bahagikan aktiviti harian mengikut kategori
5. Tetapkan had masa
6. Gunakan diari
7. Kekalkan rutin harian anda
8. Simpan tugasan di satu tempat
9. Jangan melengah-lengahkan kerja
10. Siapkan tugasan
dengan betul semasa kali pertama dilakukan
KENAPA PENGURUSAN MASA
INI PENTING?... Haa... siapa tahu... ni antaranya.. jeng..jeng...
1. Masa dapat digunakan
untuk aktiviti yang berfaedah
2. Aktiviti dapat
dilakukan secara cekap dan berkesan
3. Dapat mengelakkan
pembaziran masa
4. Dapat mencapai
keseimbangan dalam penggunaan masa
haa.. jangan jadi macam ni taw..
"The best thing about future is that it comes only one day at a time"
-Abraham Lincoln-
ok, itu sahaja untuk malam ni... kita jumpa lain kali pula.. Daaaa..
^______^
BIG SMILE FOR YOU GUYS...
Saturday, October 05, 2013
PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH
Masa untuk update blog malam ini... Apa ya story yang dikongsikan pada malam ini... hmmmmm..
Oklah... Malam ini saya nak cerita sedikit mengenai pengalaman saya menjadi peserta dalam Program Pembangunan Sahsiah ni. Haaa... Siapa tahu Program Pembangunan Sahsiah ini apa?... Program ini merupakan prorgam universiti yang mana semua pelajar wajib ambil subjek Pembangunan Sahsiah ini. Oleh itu, setiap semester pelajar akan menjalani kursus dalam subjek ini. Ok.. semua, jelas tak penerangan ringkasan saya ini mengenai Program Pembangunan Sahsiah ini..
Program ini telah dilaksanakan pada 27 dan 28 September 2013 yang lalu. Maknanya baru minggu lepaslah saya menjalani program itu. Terasa macam baru semalam je program tu dijalankan.. Nak sertai program lagi... Program yang dijalankan sangat best dan pengisian dalam program tersebut sangat bermakna bg kami..
Aktiviti yang dijanlankan juga sangat-sangat menarik. Salah satu aktiviti tersebut ialah ice-breaking, explorace dan lain-lain lagi.. Aktiviti explorace la part yang saya suka dimana dalam aktiviti tersebut kami mendapat beberapa sampul surat yang mengandungi "hint" yang menggunakan pelbagai jenis bahasa. Inilah cabaran kami kerana kami perlu mencari seseorang untuk "translate"kannya.. Apa-apa pun program yang dijalankan secara keseluruhannya menarik serta memberi input yang bermakna. Di sini, saya akan kongsikan beberapa gambar semasa dalam program tersebut.
ahli kumpulan saya.. hehe
ok... mari kita tengok pandangan mereka pula..
Ok semua.. itu sahaja yang saya dapat kongsikan pada malam ni..
Selamat malam semua..
Assalamualaikum... ^_______^
Subscribe to:
Posts (Atom)