Followers

Wednesday, November 20, 2013

MENGURUS KEMARAHAN ANDA


Ok semua.. Siapa kat sini tak pernah marah dekat seseorang.. Mesti semua orang pernah marah, pernah kena marah, dan lain-lain kemarahanlah.. Haa.. Hari saya nak kongsi apa itu kemarahan, punca berlakunya kemarahan dan cara nak menguruskan kemarahan kita ini.. 



DEFINISI MARAH
  • Marah bermaksud panas hati apabila berasa berang, ditipu, dihina dan marah terhadap seseorang atau suatu situasi.
  • Perasaan marah akan wujud apabila berlaku pertembungan emosi dan seterusnya mewujudkan perlakuan negatif yang tidak disedari.

PUNCA KEMARAHAN
  • Kekaburan peranan 
  • Konflit peranan
  • Personaliti
  • Rutin harian
  • Dibuli, diejek, ditipu dan sebagainya

KESAN KEMARAHAN
  • Gangguan emosi
  • Serangan penyakit jantung
  • Gangguan psikologikal
  • Bersifat negatif
  • Akan berlaku keganasan
  • Suka menyindir atau mengkritik


PENGURUSAN KEMARAHAN YANG SALAH
  • Somatizers - pasif, menindas kemarahan untk ketakutan ditolak dan hilang kelulusan 
  • Hukuman diri - tukarkan kemarahan kepada kesalahan, ukuran hukuman diri iaitu makan berlebihan
  • Menahan kelaparan
  • Eksploders-permusuhan fizikal, kerap kali meletus pada orang yang tidak bersalah
  • Membuat sesuatu dengan cara tipu helah

STRATEGI KEMARAHAN KREATIF
  • Tahu gaya kemarahan diri anda
  • Belajar memantau kemarahan diri anda
  • Belajar mengawal kemarahan diri anda seperti rehatkan diri ketika diri anda sedang marah
  • belajar untuk lupakan kemarahan
  • Merancang terlebih dahulu untuk melepaskan kemarahan 
  • Belajar teknik-teknik menyelesaikan masalah
  • Belajar untuk memaafkan

top 10 pya.. try it.. 



ok semua, selamat menguruskan kemarahan anda..
and always keep smile..
^___^


No comments:

Post a Comment