they are my friends.. ^__^
Ehmmmm.... hari saya nak cerita sikitlah mengenai persahabatan ni. Tetiba-tiba teringat kat kawan-kawan pula. Apa yang kita alami dengan teman atau kawan atau sahabat ini kadang-kadang rasa merimaskan mungkin ada yang menyakitkan hati, tetapi itulah yang membuatkan persahabatan itu mempunyai nilai yang sangat indah dan bermakna bagi saya sendiri.
Persahabatan sentiasa akan mewarnai dengan berbagai pengalaman dan kenangan yang sangat bermakna sama ada suka atau duka, kadang-kadang sangat mengembirakan atau kadang-kadang sangat menyakitkan, pernah dikecewakan, pernah diambil berat, dilupakan atau sentiasa diingati, dimarahi atau dinasihati dan mungkin juga pernah disukai atau dibenci oleh teman-teman kita. semua ini sentiasa bermain dalam setiap persahabatan didunai ini.
Proses untuk menjadi sahabat juga mungkin bagi saya begitu merumitkan dari orang biasa kepada sahabat. Kerana ia memerlukan masa dan usaha untuk mendekatkan diri kepada seorang sahabat. Persahabatan juga dilihat dari segi kesetiaan, perhatian, pertolongan dan juga termasuk dari kasih sayang antara sahabat. Lihatlah bertanpa warna-warninya persahabatan itu. Oleh itu, kita seharusnya bersyukur kerana dianugerahkan dengan SAHABAT SEJATI dan perlu menikmati keindahan persahabatan ini.
SAHABAT-SAHABATKU...
sweet moment at this time.. really miss it..
Semoga bermanfaat...
Salam persahabatan dan ukhuwah..
^_____^
No comments:
Post a Comment