Followers

Monday, November 18, 2013

PEMIKIRAN POSITIF



Hari ini saya nak bercerita pasal pemikiran positif pula.. Haaa... Tapi kali ini saya tak mahu bercakap pasal definisinya, saya bercakap pasal kelebihan atau kebaikan orang yang berfikiran positif ni.. 

FIKIRAN ADALAH SUMBER PERCAYA DIRI

Ok.. Di sini saya berikan 2 jenis kelebihan pemikiran positif yang pertama iaitu FIKIRAN ADALAH SUMBER PERCAYA DIRI. Haaa.. sebab apa saya kata fikiran sumber percaya diri?.. Sebab.. Fikiran positif membantu membangun percaya diri. Kesannya adalah perbuatan positif yang menbantu seseorang berani menghadapi rintangan hidup. Nampak tak kelebihannya....

Di sini saya akan beri seorang tokoh yang terkenal dalam dunia peninju ni. Saya rasa semua kenal kot... Mari kita lihat gambar beliau.. jeng..jeng...

Muhammad Ali

Tadaaaaa... ni lah dia Muhammad Ali, peninju terkenal dunia.. Siapa yang tak kenal tu tak tahu la nak kata apa... heheheh... Jadi saya nak bercerita mengenai beliau kepada anda semua.. Nak tahu tak.. Mesti la nak tahu kan.. 

Muhammad Ali seorang peninju terkenal selalu berkata dalam hatinya " Aku peninju yang hebat. Walau apa pon yang terjadi, aku tetap peninju yang hebat. Akulah peninju terbaik di dunia ini".

Selepas itu, dalam sebuah wawancara di televisyen, beliau ditanya " Mengapa anada selalu berkata demikian?"

Muhammad Ali menjawab " kerana kalimat itu memberi saya ras percaya diri, menguatkan keinginan saya dan membuat saya fokus pada sasaran yang ingin dicapai. Jika akhirnya gagal, saya akan belajar dari kegagalan, kemudian berlatih lebih baik sehingga berjaya".

Beliau berkata lebih lanjut, "Fikiran sangat bahaya. Fikiran boleh menjadi penyebab kegagalan dan boleh pula menjadi penyokong kejayaan. Fikiran adalah sumber percaya diri. 


Think positive ye kawan-kawan


FIKIRAN ITU MEMILIKI KEKUATAN LUAR BIASA

Kelebihan yang kedua pula sebab fikiran inilah menentukan perjalanan hidup manusia baik dalam urusan keluarga, sosial, kesihatan, dan spritual. Kerana itu, jika anda semua benar-benar ingin melakukan perubahan positif dalam hidup,maka ia perlu memiliki kemahuan yang kuat dan telah bulat memutuskan untuk memulainya sekarang serta terus melanjutkan, ia memulakan ia dengan langkah yang pertama. 

Haa.. nampak tak kelebihan pemikiran positif itu.. Di sini saya kongsikan dua kelebihan tersebut. Yang pertama FIKIRAN ADALAH SUMBER PERCAYA DIRI dan yang kedua pula ialah FIKIRAN ITU MEMILIKI KEKUATAN LUAR BIASA. Oleh itu, kita kena sentiasa FIKIR POSITIF, BERCAKAP YANG POSITIF dan RASA PUN YANG POSITIF ye kawan-kawan..
ok..sampai di sini saja untuk malam ni.. Sebelum itu saya nak anda-anda semua baca petikan dibawah dengan kuat sebanyak 3 kali.. Untuk menggalakkan anda semua untuk sentiasa BERFIKIRAN POSITIF ya... 
Ok.. semua.. Selamat berfikiran positif 
Jangan lupa senyum-senyum selalu...
^____^

No comments:

Post a Comment