Followers

Tuesday, November 19, 2013

TAARE ZAMEEN PAR



haiiii semua... apa khabar semua.. sihat-sihat belaka ke semua.. hari ni saya nak kongsi satu cerita dengan anda semua.. agak-agak cerita apa la ye.. hehe... cerita drama Melayu ke, cerita action english ke... haaa... semuanya bukan ya.. saya cadangkan pembaca semua tengok cerita Hindustan... Hindustan bukan sebarang Hindustan.. Cerita Hindustan ini membawa banyak pengajaran dari aspek budaya.. Sesuai ditengok oleh semua lapisan masyrakat. Mari kita lihat kisahnya.. jeng..jeng.. 


Filem Taare Zameen Par mengisahkan seorang kanak-kanak yang berusia 9 tahun yang berasal dari keluarga yang berkelengkapan dari segi kehidupan seharian. Kanak-kanak tersebut bernama Ishan Awasthi. Ishaan seorang kanak-kanak yang istimewa kerana mengalami disleksia. Ishaan seorang yang aktif dan suka akan seni melukis. Namun begitu, Ishaan agak lemah dari segi mata pelajarannya. Hal ini menyebabkan Ishaan selalu dimarahi oleh guru dan ibu bapanya. 

Pada satu hari, Ishaan telah membohongi guru serta ibu bapanya mengenai surat palsu tidak hadir sekolah. Hal ini menyebabkan ayah Ishaan bertindak untuk menghantar Ishaan ke sekolah asrama penuh yang jauh dari rumanhnya. Ishaan sangat sedih dan tidak bersemagat semasa di dalam kelas. 

Untuk memendekkan cerita, datanglah seorang guru ganti yang untuk mengajar subjek seni dalam kelas tersebut. Cikgu tersebut mendapati Ishaan seorang budak yang lain dari pelajar yang lain. Akhirnya cikgu banyak membantu Ishan menaikkan semnagat Ishaan dan sering menolong Ishaan dalam pelajarannya. 

Akhirnya, Ishaan telah meunujukkan bahawa dia bukanlah tidak pandai tetapi dia seorang kanak-kanak yang istimewa yang perlukan sokongan keluarga, rakan-rakan serta guru. Untuk lebi detail lagi, sila-silalah tengok filem tersebut.. Sangat menarik dan mungkin menyentuh perasaan. Di sini saya kongsikan sedikit gambar dalam movie tersebut.

Antara babak dalam filem tersebut
Cikgu seni (Ram Shankar)

Lukisan Ishaan.. sangat cantik..
Every Child Is Special

ok, setakat ini saja perkongsian cerita saya...
Have a nice day...
And keep smiling...
^____^


No comments:

Post a Comment