Followers

Saturday, October 19, 2013

PENGURUAN MASA YANG BERKESAN






APA ITU PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN?.. Penggunaan masa yang berkesan ialah penggunaaan masa sepenuhnya tanpa pembaziran dan masa digunakan sepenuhnya dengan melakukan aktiviti yang berfaedah dan mendekatkan dengan pelajar dengan matlamat yang hendak dicapai..

haa... nampak tak maksud penggunaan masa yang berkesan.. Di sini, kita tidak menggunakan masa kita dengan aktiviti yang tidak mendatangkan manfaat kepada diri kita dan juga orang lain. oleh itu saya nk kongsi sedikitlah tips2 pengurusan masa yang berkesan ni..

TIP-TIP PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN

1.  Buat jadual harian
2.  Buat senarai perkara yang ingin anda lakukan
3.  Tetapkan matlamat
4.  Bahagikan aktiviti harian mengikut kategori
5.  Tetapkan had masa
6.  Gunakan diari
7.  Kekalkan rutin harian anda
8.  Simpan tugasan di satu tempat
9.  Jangan melengah-lengahkan kerja
10. Siapkan tugasan dengan betul semasa kali pertama dilakukan


KENAPA PENGURUSAN MASA INI PENTING?... Haa... siapa tahu... ni antaranya.. jeng..jeng...

1. Masa dapat digunakan untuk aktiviti yang berfaedah
2. Aktiviti dapat dilakukan secara cekap dan berkesan
3. Dapat mengelakkan pembaziran masa
4. Dapat mencapai keseimbangan dalam penggunaan masa



haa.. jangan jadi macam ni taw..



"The best thing about future is that it comes only one day at a time"
-Abraham Lincoln-



ok, itu sahaja untuk malam ni... kita jumpa lain kali pula.. Daaaa..
^______^
BIG SMILE FOR YOU GUYS...






Saturday, October 05, 2013

PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH


Masa untuk update blog malam ini... Apa ya story yang dikongsikan pada malam ini... hmmmmm..

Oklah... Malam ini saya nak cerita sedikit mengenai pengalaman saya menjadi peserta dalam Program Pembangunan Sahsiah ni. Haaa... Siapa tahu Program Pembangunan Sahsiah ini apa?... Program ini merupakan prorgam universiti yang mana semua pelajar wajib ambil subjek Pembangunan Sahsiah ini. Oleh itu, setiap semester pelajar akan menjalani kursus dalam subjek ini. Ok.. semua, jelas tak penerangan ringkasan saya ini mengenai Program Pembangunan Sahsiah ini..

Program ini telah dilaksanakan pada 27 dan 28 September 2013 yang lalu. Maknanya baru minggu lepaslah saya menjalani program itu. Terasa macam baru semalam je program tu dijalankan.. Nak sertai program lagi... Program yang dijalankan sangat best dan pengisian dalam program tersebut sangat bermakna bg kami..


Aktiviti yang dijanlankan juga sangat-sangat menarik. Salah satu aktiviti tersebut ialah ice-breaking, explorace dan lain-lain lagi.. Aktiviti explorace la part yang saya suka dimana dalam aktiviti tersebut kami mendapat beberapa sampul surat yang mengandungi "hint" yang menggunakan pelbagai jenis bahasa. Inilah cabaran kami kerana kami perlu mencari seseorang untuk "translate"kannya.. Apa-apa pun program yang dijalankan secara keseluruhannya menarik serta memberi input yang bermakna. Di sini, saya akan kongsikan beberapa gambar semasa dalam program tersebut.






ahli kumpulan saya.. hehe

ok... mari kita tengok pandangan mereka pula..



Ok semua.. itu sahaja yang saya dapat kongsikan pada malam ni.. 
Selamat malam semua..
Assalamualaikum... ^_______^